Kerjaya Farisha Iris

Farisha Iris, pada usia 11 tahun, memulakan kerjaya awal sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau menjadi salah seorang peserta Idola Kecil musim keempat pada 2011 dan merangkul gelaran naib juara. Farisha juga terpilih sebagai salah seorang peserta Ceria Popstar di Astro Ceria dan memenangi tempat ketiga. Beliau kemudian mengacarakan rancangan pendidikan kanak-kanak ChiChi & ChaCha, namun meninggalkannya kerana memberi tumpuan kepada akademik. Beliau juga pernah menjadi wartawan lokasi Nasi Lemak Kopi O selama setahun.

Big Stage Musim 3

Farisha menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria.

Persembahan
MingguTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Starter Pack"Tak Malu"Dirinya sendiriSELAMAT
Minggu 2Hype Beat"Pura-Pura Bujang"Baby ShimaSELAMAT